....."JANGAN MATI ANAK DAN JANGAN MATI ADAT"...

WAJAH-WAJAH

WAJAH-WAJAH

27 August 2008

MENJELANG BAJET 2009

Semua ahli kelab pastinya ternanti-nanti pengumuman Bajet 2009 yang akan dibentangkan di Parlimen oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 2008. Semoga apa yang akan dimaklumkan nanti dapat diterima dengan hati yang terbuka.

Tidak dinafikan kenaikan kos taraf hidup kian dirasai oleh semua orang. Namun apa yang pasti sebagai warganegara kita perlu sama-sama melalui zaman pahit manis demi memastikan kemerdekaan negara terus dipertahankan.....

Berikut adalah tinjauan rambang pendapat beberapa orang ahli kelab berkenaan Bajet 2009

"Harapan saya agar bajet tahun ini merupakan bajet yang lebih mesra rakyat yang mana segala kos kehidupan dapat dikekalkan ditahap yang relevan dan ianya dapat menampung segala kenaikan atau kesan perubahan ekonomi dunia"
(Pengerusi Penaja)


"Harap tol turun lagi, minyak turun lagi...pastu adakan bonus.."
(Ahli)



"Bagi saya...Cola harus dinaikkan lagi bagi mereka yang berpedapatan rendah...selain itu juga harga minyak dapat diturunkan lagi dan juga harga barang juga perlu diturunkan."
(Ahli)


"Harap Kerajaan umumkan bonus RM2,000.00"
(Ahli)


"Harapan saya agar bajet yang akan diumumkan dapat memberi kelegaan kepada rakyat terutamanya berkaitan keperluan hidup seperti skim pemilikan rumah yang lebih praktikal, menambah baik skim dana pendidikan dan pengajian tinggi, mengawal harga dan bekalan keperluan bahan makanan, skim galakan pertanian yang lebih sistematik, membantu mengatasi masalah graduan menganggur dengan memperkenalkan lebih banyak peluang perniagaan yang mampu dilaksanakan atau realistik, memperkenalkan elaun surirumahtangga sepenuh masa dan sebagainya."
(AJK)

No comments:

Tahniah... kepada semua yang terlibat di atas usaha menubuhkan Kelab Sukan & Kebajikan YKN